Last Updated May. 17, 2004




menu utama >>
:: home :: about me :: my lesson :: my thesis :: my info :: intranet:: e-mail


berita terkini :.

.: 12/06/04
Pendaftaran diri bagi Program MSc. Information Technology di UiTM, Shah Alam, untuk program sepenuh masa selama 18 bulan.

.:
10/05/04 - 21/05/04

Mengendali Kursus Pembangunan Alat Pandang Dengar (Video Sebagai Alat Bantuan Latihan) Kumpulan 2 - Jabatan Mekanikal & Pengeluaran ADTEC Shah Alam.

.:
19/04/04 - 30/04/04

Mengendali Kursus Pembangunan Alat Pandang Dengar (Video Sebagai Alat Bantuan Latihan) Kumpulan 1 - Jabatan Elektrikal & Elektronik ADTEC Shah Alam.

.:
16/03/04

Mula melapor diri bertugas di ADTEC Shah Alam dari ADTEC Kulim, sebelum ke ILP Kuala Langat, Selangor.


Cakerawala di angkasa yang diambil dari NASA Amerika Syarikat yang menggambarkan dalam Ayat Al-Quran (55, Surah Ar-Rahman)

 

IMAGE

 

My prototype perpetual motion machine

::. SIFAT 20 .::

1.  Wujud
2.  Qidam
3.  Baqa'
4.  Mukhalafatuhu Lilhawadith
5.  Qiyamuhu Binafsih
6.  Wahdaniat
7.  Qudrat
8.  Iradat
9.  Ilmu
10.Hayat

11.Sama'
12.Bashar
13.Kalam
14.Kaunuhu Qadiran
15.Kaunuhu Muridan
16.Kaunuhu 'Aliman
17.Kaunuhu Hayyan
18.Kaunuhu Sami'an
19.Kaunuhu Bashiran
20.Kaunuhu Mutakalliman


Maklumat am

Sifat 20 adalah sifat yang wajib buat ALLAH SWT
Dan ianya terbahagi kepada 4 bahagian:

1. Nafsiah
2. Salbiah
3. Ma'ani
4. Ma'nawiah

Mengikut buku tulisan Drs. Syahrin b. Jasah, terbitan Pustaka Syuhada;

Sifat Nafsiah hanya satu, iaitu Wujud.

Dan Sifat Salbiah ialah sifat nombor 2 hingga 6 iaitu:
Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu Lilhawadith, Qiyamuhu Binafsih & Wahdaniat.

Sifat Ma'ani ialah nombor dari 7 hingga nombor 13 iaitu:
Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Bashar & Kalam.

Sifat Ma'nawiah ialah dari nombor 14 hingga 20 iaitu:
Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan, Kaunuhu 'Aliman, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Bashiran & Kaunuhu Mutakalliman.

Apakah pengertian Sifat Nafsiah?
Ialah diri zat itu sendiri, bukan sifat yang za'id(menempel) pada zat itu. Ini dikatakan Nafsiah kerana tidak menunjukkan makna yang za'id pada diri zat.
Menurut jumhur ulama' sifat ini dinamakan Nafsiah kerana sifat ini menunjukkan kepada zatNya, bukan menunjukkan kepada perkara yang zaid pada zatnya.
Sifat ini wujud dikatakan nafsiah maksudnya wujud itu bukan merupakan sifat yang za'id pada zat Allah swt, tetapi zat Allah swt itu sendirilah wujud itu. Dengan perkataan lain zat Allah swt dengan wujudNya tidak terpisah atau berasingan.
Lain halnya dengan sifat Ma'ani, seperti Ilmu, sifat ini merupakan sifat yang za'id pada zat Allah swt. Bererti sifat ilmu terpisah dengan zat Allah. Allah swt mengetahui segala sesuatu dengan ilmuNya, bukan dengan zatNya. Hanya wujud yang termasuk dalam sifat Nafsiah.

Pegertian Sifat Salbiah
Salbiah ertinya menanggalkan, menolak atau menafikan. Yang dimaksudkan dengan salbiah dalam buku ini ialah menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah swt. Contohnya menolak sifat yang tidak layak bagi Allah swt seperti sifat Qidam (sedia ada dan tidak berpemulaan), sifat ini menolak atau menafikan sifat Huduth (baharu atau berpemulaan) bagi Allah swt.

Pegertian Sifat Ma'ani
Ialah sifat yang maujud (ada) yang berdiri pada zat Allah swt yang menyebabkan zat itu bersifat dengan suatu hukum sifat Ma'nawiah. Contoh sifat Ma'ani seperti ilmu, sifat ini ialah sifat yang berdiri pada zat Allah swt. Dengan perkataan lain ilmu itu sifat Allah swt, bukan zatNya. Allah swt dapat mengetahui segala sesuatu dengan ilmuNya, bukan dengan ZatNya.
Yang menyebabkan zat itu bersifat dengan sifat suatu hukum sifat Ma'nawiah maksudnya kerana Allah swt mempunyai sifat ilmu, maka Dia dikatakan Kaunuhu 'Aliman (keadaanNya berilmu), kerana Allah swt mempunyai sifat Qudrat, maka Dia dikatakan Kaunuhu Qadiran.

Pengertian Sifat Ma'anawiah
Sifat ini ialah suatu hal yang sabit atau yang tetap bagi Zat Allah swt bersifat dengan sifat Ma'ani. Diantara sifat Ma'ani dengan Ma'nawiah saling berlazim, yakni tidak terpisahkan. Misalnya keadaan Allah swt berilmu (sifat Ma'nawiah), ini kerana Dia mempunyai sifat ilmu (sifat Ma'ani), Allah swt dikatakan Qadirun (berkuasa) kerana mempunyai sifat qudrat (kuasa) dan sebagainya.
Ada beberapa sebab sifat-sifat ini dinamakan dengan Ma'nawiah, di antaranya:

1. Sifat Ma'nawiah adalah cabang dari sifat Ma'ani.
2. Sesuatu yang bersifat dengan 'Alim dan Qadir umpamanya
    tidak bersifat dengan sifat-sifat itu melainkan setelah adanya
    ilmu dan qudrat baginya.
3. Sifat Ma'ani adalah sebagai illat atau sebagai malzum kepada
    sifat Ma'nawiah sejak azali lagi, dan perhubungan di antara
    keduanya adalah sebagai hubungan antara illat dengan
    ma'lulnya.

.:: 'WALLAHU'ALAM' ::.


Keperluan Semasa

Jadual Matrik Sistem Saraan Malaysia (SSM) - Gred J
Format Borang Tuntutan Perbatuan
Format Borang Tuntutan Pertukaran/Perpindahan

:: posted @ 10.15am May. 18 2004 oleh webmaster

My Lesson (AVA)

My Thesis

My Field(Telecom)

Penglipur Lara

1
2
3
4

Ungkapan Bestari

Pedoman
Motivasi

Muhasabah

Miscellaneous

Dunia IT

Basic 68000 Programing

Links
More Links
Copyright 2004 ZULKIFLI MOHD SIDI | Designed By Open Source